BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

23 December 2011

Cuti-cuti Malaysia

Ada berapa hari lagi cuti semester untuk semester ni.. Saat yang sepatutnya dihabiskan bersama family tercinta dihabiskan dengan menghadiri kelas Microsoft ASP.NET selama 3 minggu.. So, sisa2 cuti semester ini akan ku gunakan sebaiknya bila sudah pulang kepangkuan bonda dan juga ayahanda..Rindu sungguh kepada mereka..3 minggu kelas ASP bermakna 3 minggu jugalah ku tidak pulang ke kampung halaman..huuaaaaa sedihnyeeee...kalau ikutkan hati tgari tadi jugak ku pulang..tapi apakan daya..ku ada tugas lain yang perlu kuhadiri..kalau diberi pilihan pilih family or tugasan ini, sudah pasti ku pilih family..kerana family adalah segalanya..

~Teluk Dalam Resort~
~survey2 gambar kt uncle google~
25 dan 26 Disember2011 ini ku akan menghadiri TEAM BUILDING PERSADA IPTA 2011 kat Teluk Dalam Resort..Sambil2 tu bolehlah honey bulan dengan insan tersayang ku yang turut sama pergi..hehee Semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan hendak-NYA..Lepas balik dari pangkor tu, takkan ku lepaskan  peluang untuk kembali ke kampung halaman ketemu sama insan tersayang.. Kawan2 lain mule melayari percutian mereka, tapi aku still lagi kat umah sewe bersama 2 orang lagi sahabatku..huhu sunyi rumah..aman damai rasanya tanpa kicauan manusia2 lain..oppsss salah pulok..kicauan kan untuk burung aje..hehehe aahhhh pedulik ape..aku punye suke la kan..hahaahaa

~Teluk Dalam Resort~
~survey2 gambar kt uncle google~

0 comments: