BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

04 December 2011

Pengorbanan

Kehidupan sebagai pelajar sememangnya memerlukan pengorbanan. Tidak kira pengorbanan daripada segala apa jenis sekalipun, pengorbanan itu harus diteruskan bagi mendapatkan kejayaan..Sejak dua menjak ni agak berbezalah dengan semester2 sebelum ni..Kalau sebelum ni boleh berehat setelah belajar selama 5 bulan..Tapi sejak umur meningkat dan semester sudah menghampiri tirai ke peringkat akhir, masa cuti tiada erti lagi untuk berehat.. Cuti semester lepas dihabiskan dengan Latihan Industri dan cuti semester ni pulak dihiasi dengan kelas bagi melayakkan diri untuk memiliki sijil pentauliahan profesional..Tapi aku bersyukur kerana keluarga yang amat memahami terutama mak n ayah..Mereka berkorban untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan juga untuk perbelanjaan aku sepanjang aku belajar di universiti..Walaupun hanya tinggal aku dan adik aku yang menjadi tanggungan mak n ayah, aku terasa segan yang amat tat kali mahu minta duit belanja..Tapi apa kan daya..kalau tak minta alamat tak makan la..Walaupun aku dibesarkan dalam keluarga senang, mak n ayah tak pernah ajar kami 6 beradik riak dengan kelebihan yang ada..Mak n ayah selalu pesan..Ade duit sikit jangan lupe sedekah walaupun sikit..Setiap kebaikan yang dibuat pasti ada kebaikan yang akan datang..Pengorbanan yang mak n ayah lakukan terhadap aku akan ku balas dengan kejayaan walaupun tak kan terbalas segala pengorbanan yang mereka dah lakukan..

0 comments: