BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 June 2012

TAK SEMUDAH ABC

bagi sesetengah orang mengatakan amatlah mudah untuk membuat keputusan..tapi bagi aku tidak!! buat sesuatu keputusan tu sangatlah sukar dan tidak semudah mengajar anak kecil ABC.. lagi pulak keputusan yang melibatkan hati dan perasaan manusia.. sangatlah sukar untuk itu.. hati dan perasaan sememangnya tidak boleh dipaksa.. makin dipaksa untuk itu makin sukar seseorang itu membuat keputusan malah akan menimbulkan perasaan serba salah individu tersebut untuk membuat keputusan.. bagi aku soal hati memang amat sukar nak2 pulak yang melibatkan dua orang.. pilih yang ni, yang tu kecewa..pilih yang tu, yang ni pulak kecewa.. itulah lumrah kehidupan sekeping hati.. memang sukar itu aku akui..tapi untuk memenuhi kehendak orang yang kite sayang memang memerlukan pengorbanan.. walaupun terpaksa mengecewakan seseorang.. setiap detik pasti akan ada hati yang akan kecewa.. dan dalam setiap detik itu juga pasti ada yang akan menemui kebahagiaan.. dalam islam telah diajar cara terbaik untuk membuat pilihan..iaitu istikharah.. memang kite tak kan jumpa keputusan yang tepat jika sekali melakukannya.. sekurang2nya 3 malam berturut.. kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya untuk setiap hambanya.. semoga diberi petunjuk yang sebenar dalam membuat pilihan..amiin... Ya Allah..aku hambamu yang lemah hanya mampu berserah padamu dalam apa jua ujianmu terhadapku.. seandainya dia adalah jodohku, satukanlah..sekiranya dia bukan jodohku, jadikanlah kami sahabat dunia akhirat..aku sayang keduanya ya Allah.. kepada kalian berdua.. andai kalian baca entry ini, maafkanlah segala khilafku terhadap kalian berdua.. aku hanya insan yang lemah dan tak mampu untuk memuaskan hati kedua2nya.. siapa pun yang akan ku pilih itu tak bererti kita terputus hubungan.. kita tetap sahabat dunia akhirat.. walaupun salah sorang drpd kalian baru saja bertahta dalam hati kecilku ini, tidak bererti kita akn berpisah.. aku tetap sahabatmu.. mungkin ditakdirkan kita hanya bersahabat kerana kita sudah lama bersahabat dan agak sukar untuk aku menerima lebih daripada itu.. sekali lagi aku mohon kemaafan atas khilafku terhadap kalian.. aku akan pergi seketika untuk mencari ketenangan dan keputusan terbaik untukku.. salam sayang dariku untuk kalian berdua.. =)

0 comments: