BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 June 2012

TAK SEMUDAH ABC

bagi sesetengah orang mengatakan amatlah mudah untuk membuat keputusan..tapi bagi aku tidak!! buat sesuatu keputusan tu sangatlah sukar dan tidak semudah mengajar anak kecil ABC.. lagi pulak keputusan yang melibatkan hati dan perasaan manusia.. sangatlah sukar untuk itu.. hati dan perasaan sememangnya tidak boleh dipaksa.. makin dipaksa untuk itu makin sukar seseorang itu membuat keputusan malah akan menimbulkan perasaan serba salah individu tersebut untuk membuat keputusan.. bagi aku soal hati memang amat sukar nak2 pulak yang melibatkan dua orang.. pilih yang ni, yang tu kecewa..pilih yang tu, yang ni pulak kecewa.. itulah lumrah kehidupan sekeping hati.. memang sukar itu aku akui..tapi untuk memenuhi kehendak orang yang kite sayang memang memerlukan pengorbanan.. walaupun terpaksa mengecewakan seseorang.. setiap detik pasti akan ada hati yang akan kecewa.. dan dalam setiap detik itu juga pasti ada yang akan menemui kebahagiaan.. dalam islam telah diajar cara terbaik untuk membuat pilihan..iaitu istikharah.. memang kite tak kan jumpa keputusan yang tepat jika sekali melakukannya.. sekurang2nya 3 malam berturut.. kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya untuk setiap hambanya.. semoga diberi petunjuk yang sebenar dalam membuat pilihan..amiin... Ya Allah..aku hambamu yang lemah hanya mampu berserah padamu dalam apa jua ujianmu terhadapku.. seandainya dia adalah jodohku, satukanlah..sekiranya dia bukan jodohku, jadikanlah kami sahabat dunia akhirat..aku sayang keduanya ya Allah.. kepada kalian berdua.. andai kalian baca entry ini, maafkanlah segala khilafku terhadap kalian berdua.. aku hanya insan yang lemah dan tak mampu untuk memuaskan hati kedua2nya.. siapa pun yang akan ku pilih itu tak bererti kita terputus hubungan.. kita tetap sahabat dunia akhirat.. walaupun salah sorang drpd kalian baru saja bertahta dalam hati kecilku ini, tidak bererti kita akn berpisah.. aku tetap sahabatmu.. mungkin ditakdirkan kita hanya bersahabat kerana kita sudah lama bersahabat dan agak sukar untuk aku menerima lebih daripada itu.. sekali lagi aku mohon kemaafan atas khilafku terhadap kalian.. aku akan pergi seketika untuk mencari ketenangan dan keputusan terbaik untukku.. salam sayang dariku untuk kalian berdua.. =)

Dua Insan Bercinta

percintaan itu tak semudah yang dijangkakan.. bermacam-macam rencah dugaan yang pasti dialami kepada setiap insan yang bercinta.. saat suka duka yang diharungi pasti menjadi lumrah dalam kehidupan setiap insan bercinta.. percintaan tanpa pergaduhan sangatlah tak seronok kerana kehidupan yang mendatar sangatlah tak best.. pergaduhan kecil pasti berlaku dalam setiap perhubungan malahan pergaduhan besar juga pasti akan berlaku.. pendek kata gadoh-gadoh mase bercinta tu biasalah kan.. lumrah tu semua.. tak ada yang pelik+ajaib la kalau bergadoh tu.. memang la orang akan cakap bestnye tengok couple tu takde gadoh-gadoh.. happy jek tengok diorang macam tuh..padahal sangatlah tak best bile diri sendiri kat tempat tuh..sebab ape aku cakap gitu ye..sebabnye bila pasangan tu gadoh, pasti akan ade yang merajuk kan.. kan sweet ble merajuk then kne pulak dipujuk..haha tapi janganlah merajuk yang menjenggelkan pulak.. haha kadang-kadang tengok pasangan yang ada ni klakar pulak..tapi suke tengok orang yang bercouple tapi sempoi.. otak giler-giler.. bukan geli-geli ye..haha.. biler da same-same giler pasti akan seronok..nak-nak biler gadoh-gadoh ke ape ke..mesti ape yang diorang cakap tuh akan buatkan aku tergelak..mane taknye da la giler-giler..gadoh pon cakap tah pape yang boleh buat gadoh bertukar gurau senda..haaa kan sweet tu..daripada couple yang sentiasa beromantik ni pulak ade payahnye..kalau da tiap mase romantik aje ke rimas pulak la.. bagi aku nak romantik boleh..tapi beragak sikit la..tinggalkan romantik tu mase da halal..kang da kawen da tak romantik.. tu yang jadi kes cerai berai.. pasti akan timbul isu dulu romantik sekarang da jadi yang halal, takde makne nak romantik2 lagi..haa kan da gadoh..hehe.. kehidupan yang berliku tuh sebenarnye amatlah bermakna kerana tiap liku-liku yang dilalui itu pasti akan meninggalkan kesan dalam kehidupan seseorang..yang pasti kita akan dapat pengalaman daripada liku-liku yang dihadapi tuh.. memang bukan mudah untuk mengharungi liku-liku kehidupan ni..tapi setiap dugaan yang diberi tu kita pasti boleh hadapinya.. kenapa aku cakap macam tu ye?? sebabnya Allah akan beri hambanya ujian mengikut kemampuan hambanya.. see..Allah sayang setiap hambanya.. setiap ujian yang diberi pasti ada hikmahnya..  chill ok.. ^_^

11 June 2012

Solat Sunat Dhuha


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha ini juga merupakan kunci rezeki bagi setiap hamba yang melakukannya. Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi


Dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Panduan untuk melakukan solat sunat Dhuha ::
Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : 7 pagi hingga 1 petang
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"








Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1)      Niat solat sunat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Bacaan Doa Dhuha Selepas Solat 


05 June 2012

Kesian..kesian..kesian...(style upin ipin)

ishhh3...lame sungguh...last update disember 2011..now jun 2012..mmg lame tak jenguk2.. al maklumlah busy bebenor dengan semester akhir untuk diploma.. tapi knape abis sem bulan mei baru sekarang nk jenguk ye.. hehe setelah berhempas pulas walaupun tak terpulas2 badan ni..nak ler berehat2 kat rumah dengan family kan.. so arini di kesempatan yang ade ni la baru jengah blog nih.. walaupun tak update pon ade jugak yang datang jengah2 ye.. walau ape pon thanks kepada yang sudi jengah walaupun tak ade ape yang menarik pon kan.. sekian saja untuk permulaan tahun 2012 ni..hihi da pertengahan tahun baru nak ade news yekkk.. adioosss