BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 January 2014

Cabaran dan Dugaan

Cabaran dan Dugaan?? apa tu?? tulah lumrah kehidupan seorang manusia.. yang penuh berliku.. kalo tegak lurus jek tak seronok la kan.. =) kenapa cakap macam ni?? sebab dengan adanya cabaran dan dugaan tulah yang akan menjadikan kita manusia yang sebenar.. kalau hidup senang tanpa sebarang dugaan dan cabaran kamu rasa seronok ke?? mesti tak seronok kan?? setiap orang dah ditetapkan untuknya dugaan yang macam mana.. itu yang dinamakan qada dan qadar.. walaupun pahit, kita mesti laluinya juga..betulkan?? kita tak boleh nak lari dari segala dugaan yang dah ditetapkan oleh Allah.. tapi kita boleh berusaha untuk mengelakkannya dari berlaku.. macam contoh kemaksiatan.. maksiat tu kita boleh cegah kan?? memang dah tertulis seseorang tu akn lakukan itu dan ini.. macam contoh sepasang kekasih yang melakukan perkara tersebut.. mereka boleh elakkan daripada ianya berlaku.. caranya?? salah satu caranya... janganlah keluar dating berdua.. bawaklah teman muhrim.. tapi janganlah peneman tu komplot sama dengan pasangan tu.. boleh cegah bukan?? ok berbalik pada tajuk entry kali ni..nak cerita pasal cabaran dan dugaan berkawan sebeno-benonye.. kenapa? gaduh?? tak lah.. tak gaduh pun.. cuma terkilan ada..sedih ada.. tah la.. itulah yang dikatakan qada dan qadar.. Allah  dah tentukan segalanya.. nak salahkan takdir?? ehhh taklahhhh.. cuma nak bagitau kat dunia bahawasanya kita sebagai manusia ni kalau nak berkawan tu biarlah ikhlas.. janganlah berkawan disebabkan sesuatu untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya.. kekadang naik malas nak berkawan.. tapi tak boleh jugak.. sebab manusia tak boleh hidup sendirian tanpa kawan.. betul kannn..haaa sebab tulah.. tapi dah ditakdirkan haku untuk dapat kawan yang macam-macam jenis.. kadang-kadang terfikir kenapa aku diuji dengan benda macam ni? pelik pun ade.. nak kata aku ade buat apa yang diorang buat kat aku pun rasanya tak ada.. samapikan ada yang rasa pelik kenapa aku dapat kawan macam ni sedangkan aku tak sepatutnya kena macam tu.. faham tak? tak faham tu ce pikir bebaik..slow2..haha padahal takde cerita situasi..macam mana orang nak faham..ye tak?? haha tak pelah.. kita ni kalo boleh janganlah bukak aib orang sebabnya nanti orang akan buka aib kita..betul kan.. karma..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

kesimpulannya..hadapilah cabaran dan dugaan tu walau berat macam mana sekalipun..nak elak tak boleh..so harungilah dengan tabah..InsyaAllah segala yang berlaku tu ada hikmahnya.. sekian dulu untuk ini.. wassalam.. =)

0 comments: