BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

31 January 2014

Kenapa Kita Diuji??

Alhamdulillah untuk pertemuan hari ini.. masih lagi diberi peluang untuk terus menghirup udara ciptaan Allah yang maha kuasa..
Kenapa kita diuji? Sebab Allah sayang kita..
Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Disebabkan Allah sayang hambanya la Allah uji..Dan yang paling penting sekali kita sebagai hambanya yang kerdil JANGAN SESEKALI MENANYAKAN KENAPA AKU DIUJI BEGINI DAN BEGINI.. Sungguhpun kita rasa tak mampu untuk menghadapi ujian yang diberi..kita harus tempuhinya.. Allah adalah yang maha mengetahui segalanya.. DIA tahu dimana tahap kemampuan diri setiap hambanya. sebab itu Allah uji dengan sedemikian KERANA Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambanya dan tidak akan lebih.. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?
Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan ini, antaranya :

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini..

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala
kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya..

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah. 

Wassalam..

29 January 2014

Jangan Sakiti

alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas hari ini.. sungguh aku rindu kamu... sape?? insan yang bertakhta dihati ini la..sape lagi.. haha rindu tu kan anugerah.. sape cakap tak boleh nak rindu-rindu?? haaaa itulah satu-satunya anugerah yang tak ternilai walaupun ianya perit nak lalui.. pasaipaa perit pulak kan?? mau tak perit kalo dah rindu pada orang yang tak sepatutnya kan.. ok la balik pada tajuk.. Jangan sakiti.. sakiti apa? HATI!! kenapa? pernah rasa sakit hati tak?? bukan bengkak hati tu ke hape..bukann.. sakit hati bila dipermainkan.. pernah rasa?? tak pernah?? ok lets go.. hati ni lembut..nak-nak hati perempuan.. okehhh lelaki-lelaki kat luar sana tu..jangan sesekali menyakitkan hati perempuan ya!! hati perempuan ni terlalu sensitif.. tak semua lelaki tau hal ni.. taunye keseronokan diri sendiri ja.. haha betul la ni kenyataan yang selalu sangat terjadi.. pengalaman banyak mengajar erti kehidupan ..cewahhh.. cakap macam la penah bercinta 560 kali kan... haha ok untuk lelaki diluar sana... janganlah sesekali mempermainkan perempuan dengan alasan saja-saja untuk suka-suka sebab best!!.. pale mu best mainkan hati orang!! sorry to say la ye kalau macam tulah gayanye...jangan mimpi nak rasa bahagia sentiasa.. ingat boleh pergi jauh ke buat macam tu?? insaflah.. tak baik buat macam tu.. sebabnya what you give you get it back.. remember that ok.. untuk nak dijadikan penyedap cerita dalam tajuk ni aku bagilah sikit cerita pengalaman yang pernah terjadi ye.. ini cerita benar bukan dongengan..

hiasan semata-mata
haha ok adalah sorang hamba Allah ni..lelaki.. yang juga merupakan kawan.. baru tak baru lama tak lama la kenal..perkenalan bermula di satu pgram..aku pon tak perasan dia langsung masa tu sebab ramai sangat orang.. mula dia add fb cakap pasal pgram tu kalo tak silap..sembang kat fb.. sms kt phone.. mula biasa je.. sebab aku memang suka berkawan. tak salah nak berkawan.. tapi tersilap tafsir la pulak bila tetibe dia mintak nk jadi scandle.. kau gila?? aku tak kejam la nak buat macam tu.. aku terima tak agak-agak?? terima tak terima sebab nak tengok jauh mana dia nak pegi... aku layankan tapi berhati-hati jugaklah.. mula la tiap hari bersms, chat fb, wechat bagai.. memang kalo orang yang suke macam tu dia akan kata wahh seronoknya kan.. seronok bak hang!! aku takut tau tak.. macam aku cakap tadi hati perempuan ni sensitif.. dah kalo hari-hari kena suntik ngan ubat pelali ape tak gila?? haha tapi sempat aku tepis sebab aku fikir negatifnya bila buat macam tu.. aku pun mulakan plan B.. aku desak dia ngan macam-macam soalan yang dia tak suka nak jawab.. memang dia tak jawab.. maybe dia tahu something kot.. hari-hari aku mendesak soalan-soalan yang maybe dia rimas kot..haha aku rasa macam hampir nak berjaya.. n lasttttt aku berjaya.. dia ckp ehh kita takyah scandle la.. mcm bese je.. alhamdulillahh aku lega sesangat akhirnya dia cakap macam tu.. bukan apa..aku kesian kt girlfren dia ja.. ko ingat tak sedih ke kalo girlfren dapat tau boyfren dia curang blakang dia??? aku penah rasa sebab tu aku tak suka lelaki buat macam tu tahu tak!!! nasiblah tak pergi jauh lagi.. sebab aku tau sangat lelaki ni taktik-taktik diorang tu pasal aku dah siap-siap perisai semua.. maybe dia tak tahu.. itu pasal aku cakap pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.. walaupun baru bape tahun dimuka bumi Allah ni...pengalamanlah yang banyak mengajar erti sebenar kehidupan aku sebagai khalifah.. oleh yang demikian..kaum adammmm tolonglah janganlah sakiti hati perempuan.. cukuplah dengan apa yang ada..jangan mencari yang terlalu sempurna hingga melepaskan apa yang terbaik didepan mata.. remember that ya.. keep smile yaa.. =) ukhuwah fillah abadan abada..

Cabaran dan Dugaan

Cabaran dan Dugaan?? apa tu?? tulah lumrah kehidupan seorang manusia.. yang penuh berliku.. kalo tegak lurus jek tak seronok la kan.. =) kenapa cakap macam ni?? sebab dengan adanya cabaran dan dugaan tulah yang akan menjadikan kita manusia yang sebenar.. kalau hidup senang tanpa sebarang dugaan dan cabaran kamu rasa seronok ke?? mesti tak seronok kan?? setiap orang dah ditetapkan untuknya dugaan yang macam mana.. itu yang dinamakan qada dan qadar.. walaupun pahit, kita mesti laluinya juga..betulkan?? kita tak boleh nak lari dari segala dugaan yang dah ditetapkan oleh Allah.. tapi kita boleh berusaha untuk mengelakkannya dari berlaku.. macam contoh kemaksiatan.. maksiat tu kita boleh cegah kan?? memang dah tertulis seseorang tu akn lakukan itu dan ini.. macam contoh sepasang kekasih yang melakukan perkara tersebut.. mereka boleh elakkan daripada ianya berlaku.. caranya?? salah satu caranya... janganlah keluar dating berdua.. bawaklah teman muhrim.. tapi janganlah peneman tu komplot sama dengan pasangan tu.. boleh cegah bukan?? ok berbalik pada tajuk entry kali ni..nak cerita pasal cabaran dan dugaan berkawan sebeno-benonye.. kenapa? gaduh?? tak lah.. tak gaduh pun.. cuma terkilan ada..sedih ada.. tah la.. itulah yang dikatakan qada dan qadar.. Allah  dah tentukan segalanya.. nak salahkan takdir?? ehhh taklahhhh.. cuma nak bagitau kat dunia bahawasanya kita sebagai manusia ni kalau nak berkawan tu biarlah ikhlas.. janganlah berkawan disebabkan sesuatu untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya.. kekadang naik malas nak berkawan.. tapi tak boleh jugak.. sebab manusia tak boleh hidup sendirian tanpa kawan.. betul kannn..haaa sebab tulah.. tapi dah ditakdirkan haku untuk dapat kawan yang macam-macam jenis.. kadang-kadang terfikir kenapa aku diuji dengan benda macam ni? pelik pun ade.. nak kata aku ade buat apa yang diorang buat kat aku pun rasanya tak ada.. samapikan ada yang rasa pelik kenapa aku dapat kawan macam ni sedangkan aku tak sepatutnya kena macam tu.. faham tak? tak faham tu ce pikir bebaik..slow2..haha padahal takde cerita situasi..macam mana orang nak faham..ye tak?? haha tak pelah.. kita ni kalo boleh janganlah bukak aib orang sebabnya nanti orang akan buka aib kita..betul kan.. karma..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

kesimpulannya..hadapilah cabaran dan dugaan tu walau berat macam mana sekalipun..nak elak tak boleh..so harungilah dengan tabah..InsyaAllah segala yang berlaku tu ada hikmahnya.. sekian dulu untuk ini.. wassalam.. =)