Kita sebagai hamba tidak pernah terlepas dari ujian-NYA.. Kita yang mempunyai akal masih waras boleh berfikir untuk mengatasi setiap ujian yang diberikan.. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Sekiranya kita ditimpa segala ujian tidak perlulah kita merungut..Redha setiap apa yang berlaku..Allah tu Maha Adil.. Setiap yang diberi semuanya bersebab.. Andai kata diri kita teraniaya, ada doa untuk orang2 yang teraniaya ni..tidak perlu kita membalas dendam terhadap mereka.. Dengan berkat doa yang diamalkan InsyaAllah akan memberikan kesan.. Bagi mereka yang teraniaya, amalkan doa ni..InsyaAllah..
24 December 2011
Lemahkah Wanita?
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Luahan ikhlas dariku ZiELa pada jam 1:41 AM 0 comments
UntukMu Teman
Kalau ade perasan ada 3 entry pasal video kan..haa rase lega n senang hati dah bile permintaan sahabat2ku telah ku tunaikan..moga kalian ingat semula kenangan2 kite sepanjang perkenalan kite di sekolah..dimana tempat kite menimba ilmu yang menjadikan diri masing2 berjaya sehingga hari ini..moga kita akan lebih success pada masa mendatang..rindu korang semua..moga satu hari nanti kita dapat jumpa lagi reramai macam dulu kala..
ku harap persahabatan kita akan kekal selamanya hingga nafas terakhir kita..lets go watch this video..
lagu ni khas untuk kalian yang bernama sahabat2 ku..ku amat merindui kalian..
siyez..rindu giler dowhhh..
siyez..rindu giler dowhhh..
Luahan ikhlas dariku ZiELa pada jam 12:34 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

