BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

31 January 2014

Kenapa Kita Diuji??

Alhamdulillah untuk pertemuan hari ini.. masih lagi diberi peluang untuk terus menghirup udara ciptaan Allah yang maha kuasa..
Kenapa kita diuji? Sebab Allah sayang kita..
Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Disebabkan Allah sayang hambanya la Allah uji..Dan yang paling penting sekali kita sebagai hambanya yang kerdil JANGAN SESEKALI MENANYAKAN KENAPA AKU DIUJI BEGINI DAN BEGINI.. Sungguhpun kita rasa tak mampu untuk menghadapi ujian yang diberi..kita harus tempuhinya.. Allah adalah yang maha mengetahui segalanya.. DIA tahu dimana tahap kemampuan diri setiap hambanya. sebab itu Allah uji dengan sedemikian KERANA Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambanya dan tidak akan lebih.. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?
Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan ini, antaranya :

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini..

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala
kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya..

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah. 

Wassalam..

0 comments: